Tertampar dengan kata-kata Allahyarham Tn Guru Nik Aziz, Mustapha Kamal nekad pelajari AlQuran

"Almarhum Tok Guru Nik Aziz pernah berkata dalam satu majlis tadarus: "Hok mana boleh baca Quran, baca Quran. Hok tak pandai baca Quran belajar sungguh². Kita terima surat dari orang kita boleh baca, kita terima surat bahasa melayu kita boleh baca, kita terima surat bahasa omputih kita boleh baca, tapi bila kita terima surat (Quran) dari Allah Taala kita tak boleh baca.

Sedangkan kita menumpang di bumi Dia, berteduh di bawah langit Dia, makan rezeki Dia, tiba² surat (Quran) daripada Dia kita tak boleh baca. Hinanya kita hidup atas muka bumi ni..." Di mana letaknya Al Quran di hati kita?"

Penulisan pelakon Mustapha Kamal ini seharusnya membuka mata dan hati kita, kerana ada kebenarannya. Malu jadinya bila menyedari yang banyak lagi yang kita belum lakukan sebagai makhluk ciptaanNya.
.
Sudah banyak sekali rezeki yang kita terima, tapi nak membaca dan memahami 6236 ayat AlQuran itupun belum tuntas difahami sepenuhnya.  

Ada segelintir manusia yang sedang berusaha mencari jalan yang lurus menuju ‘titian sirat’ sebagaimana fahaman nenek moyang mereka. Selama ini, alam akhirat digambarkan saat amalan masing-masing ditimbang dan diberi ganjaran mengikut timbangan apa yang mereka lakukan ketika hidup, jika baik amalan didunia, maka ganjarannya syurga diakhirat kelak dan jika sebaliknya maka nerakalah buat mereka.
.
Langkah pertama untuk menuju jalan yang lurus ialah dengan meluruskan kefahaman yang dipegang selama ini. Sepatutnya kita bertindak sebagai seorang hamba, tunduk dan patuh secara total kepada Pengaturnya dan berusaha untuk mewujudkan syurga diatas dunia lagi, bukan semata-mata menunggu di alam akhirat.

Panduan AQ diberi untuk dilaksanakan di atas muka bumi, ianya bukan angan-angan, bukan sekadar tulisan atau bacaan teori sahaja. Bahkan AQ mengandungi sunnah nabi-nabi dan kisah orang-orang terdahulu yang menjadi pengajaran dan panduan (road map) menuju jalan yang lurus. Inilah hakikat yang telah disembunyikan daripada kita selama ini (kaitan dengan Kahfi).
.
Walaubagaimanapun belum semua rahsia huruf muqotaah (umpama acronym) dibukakan kepada kita. Aturan proses membaca AQ mestilah kenali huruf dahulu sebelum mengenal perkataan, dan seterusnya ayat barulah kepada maksud huruf muqotaah.
.
Kerana inilah kami dengan kerjasama Ustaz Shauqi Hasan ingin berkongsikan sedikit ilmu dalam Kelas Parenting 01 : Tadabbur Asas AlQuran yang akan mengupas makna setiap huruf dan perkataan terpilih dalam surah-surah sebagai PERMULAAN untuk kita semua mengenali dan memahami lebih jelas MESEJ sebenar dari Allah swt di dalam kitabNya. Selain itu Kelas Parenting 02 : Akhlak juga ditawarkan bagi melengkapi keperluan pendidikan dalam keluarga kita.


Tak banyak tempat boleh ditawarkan, hanya sekitar 98 jumlah peserta sahaja yang boleh diterima untuk penganjuran kali ini. DAFTAR SEGERA, PENGANJURAN SETERUSNYA MUNGKIN LAMA LAGI.

Semoga usaha kita semua ini diberkatiNya. Amiin. 
.


Related Posts

Peraturan Gadget Time Untuk Anak
Peraturan Gadget Time Untuk Anak
Ada tak dekat sini mak ayah yang beri 'GADGET TIME' untuk anak, instead of beri anak pegang gadget sendiri? Dalam dun...
Read More
Lemah Motor Skill Punca Anak Tak Nak Pergi Sekolah
Lemah Motor Skill Punca Anak Tak Nak Pergi Sekolah
Mak ayah ada tak anak yang setiap kali nak ke sekolah je mulalah buat perangai, tantrum dan beri banyak alasan? Pasti...
Read More
5 Tanda Anak Ketagihan Gadget Mak Ayah Kena Peka
5 Tanda Anak Ketagihan Gadget Mak Ayah Kena Peka
Ramai sebenarnya yang dah tahu, gadget ni ada banyak keburukannya untuk anak - anak disebalik kebaikan lain yang kita...
Read More

Filter
Tertampar dengan kata-kata Allahyarham Tn Guru Nik Aziz, Mustapha Kamal nekad pelajari AlQuran
Tertampar dengan kata-kata Allahyarham Tn Guru Nik Aziz, Mustapha Kamal nekad pelajari AlQuran