TIPS PARENTING 3 : KUCUP ANAK


Ini satu lagi tips yang kami amalkan dan ia terbukti sangat berkesan dalam mewujudkan hubungan yang baik antara anak dan ibu bapa mereka.
Kebetulan juga kami bapa-bapa co-founder di Prihatin ini biasa balik ke rumah agak lewat pagi setiap hari. Setiap kali kami pulang, anak-anak telah pun tidur.

Mungkin ada yang rasa mengucup anak yang sedang tidur itu satu yang tiada manafaat kerana ia bersifat sehala. Mulakan dahulu dengan kucupan kasih sayang kepada anak yang sedang tidur (jangan dilupa isteri yang banyak berjasa juga).

Jika perlu, betulkan selimut mereka. Hatta, jika mereka tidak berselimut sekalipun, cuba pakaikan mereka selimut sekadarnya. Satu hari pasti mereka tanpa sedar tahu itu berlaku pada meraka walaupun hanya pada satu malam sahaja. Lebih terkesan lagi jika mereka perasan anda mengucupnya sekali dan menganggapnya anda melakukannya setiap hari berbanding anda mengucupnya sekali sekala semasa dalam sedar.

Ringkasnya : Lebih baik anda kucup anak anda sekali dalam tidur dan mereka tersedar dan merasakan anda lakukannya hari-hari dari anda lakukannya 100 kali semasa sedar tetapi ada 1 hari tertinggal. Kerana kucupan dalam tidur itu adalah satu tanda keikhlasan kasih sayang tanpa harap balasan.

Kita juga boleh bisik ke telinga anak I Love You tanpa mengharap balasan I Love You Too.

Pendekatan psikologi begini mampu merapatkan anak dengan ibu bapa mereka dengan tautan ghaib (tidak nampak) yang lebih jauh perginya dan sangat indah praktisnya.

Walaupun kami pulang dalam keadaan anak telah tidur, tetapi tidak sampai 1 bulan kami lakukannya (walaupun kadangkala kita ada miss) tetapi tautan kemesraan antara anak dan bapa semakin baik. Lebih dari itu, mereka jadi mudah untuk mendengar kata.

InsyaAllah, penggunaan rotan mampu dikurangkan jika mampu kita konsisten dengan cara begini. Kami telah buktikannya, ia sangat berkesan.

Atas amalan begini jugalah kami menzahirkan sayang kepada anak yatim dan asnaf yang tidak berkeluarga (kerana ibu bapa mereka pun tidak pernah lakukan itu sewaku hayatnya).

Selamat mencuba

kudap-kudap
WARGA PRIHATIN


Related Posts

TIPS PARENTING 13 : BEDUNG BUDAYA YANG DILUPAKAN. ASAS HUDUD BAGI BAYI
TIPS PARENTING 13 : BEDUNG BUDAYA YANG DILUPAKAN. ASAS HUDUD BAGI BAYI
Orang tua-tua dulu-dulu memberi nasihat kepada ibu-ibu muda jika tidak membedung anak akan mejadikan anak kengkang ja...
Read More
TIPS PARENTING 12 : CEMBURU ANAK
TIPS PARENTING 12 : CEMBURU ANAK
Cemburu tanda kita sayang atau caring. Cemburu yang ada asas, bukan yang membabi buta akan dapat menyelamatkan banyak...
Read More
TIPS PARENTING 6 : BAGAIMANA BERDOA MEMBINA GENERASI YANG TENANG & HEBAT
TIPS PARENTING 6 : BAGAIMANA BERDOA MEMBINA GENERASI YANG TENANG & HEBAT
Doa itu otak ibadah, kemudi ibadah. Fungsi otak dan akal yang paling baik ialah ketika kita dalam keadaan tenang. Kam...
Read More