3 Sebab Kenapa Perlu Ada Kemahiran Shoot dan Edit Video Walaupun Hanya Guna Smartphone
Jadi, alang-alang dah ada smartphone (mahal tak mahal, belakang kira), kenapa tak dimanfaatkan je terus kan?
3 sebab utama ini hanya sebagai perkongsian asas kenapa kemahiran shoot dan edit video perlu ada bagi semua pemilik smartphone. Tekan setiap gambar untuk maklumat lanjut.
.
Dengan ilmu yang dipelajari, sesiapa yang amalkan ilmu tentang video shooting dan editing guna smartphone, melayakkan kita jadi salah seorang content creator yang bagus.
Hasil dari perkongsian yang menarik akan membawa kepada kenaikan subscribers/followers. Dari YouTube, kita boleh jana pendapatan antaranya ketika subscribers kita menonton iklan-iklan semasa video-video kita ditayangkan. Bila video-video kita banyak yang viral, semakin banyaklah peluang menjana pendapatan akan terbuka untuk kita.
Ini contoh yang channel YouTube RareTV dah buat. Selepas 9 bulan upload video contents secara konsisten, dapatlah hasilnya. 'Gaji' RM6000++ sebulan dari YouTube.
Lagi lama mereka menonton iklan dalam video kita, lagi banyak kita akan dibayar, mengikut terma dan syarat yang pihak YouTube dan pengiklanan sepakati. Kan best tu.
Jadi, kemahiran hasilkan video menarik perlu ada. Barulah subscribers 'melekat' di channel YouTube kita sentiasa.
2) DAPAT HASILKAN SENJATA PEMASARAN YANG MURAH DAN MUDAH DAN SALES BERTAMBAH
.
Guna smartphone yang ada, tambah sikit dengan editing apps percuma, kita dah boleh hasilkan video pemasaran yang hebat.
Smartphone sekarang, walaupun hanya berharga RM400, dah boleh bantu kita buat bahan marketing berbentuk video yang mantap.
Tak perlu macam dulu, nak shoot satu hal dengan kamera berat-berat, nak kena transfer ke pc/laptop untuk editing pula.
Sekarang guna smartphone dan edit pun boleh guna smartphone. Itu yang jadi mudah dan murah! Boleh guna juga editing apps percuma yang kita install di smartphone pula tu.
.
Kita adalah content creator jenis apa yang kita pilih untuk dihasilkan. Kalau pilih nak upload content video yang TIDAK mencapai standard diterima agama, bangsa dan negara, itulah kita - content creator yang merapu.
Tapi, melalui video-video pun kita boleh kongsi mesej baik dan ilmu bermanfaat lepada yang lain. Boleh jadi 'sumber keberkatan' dalam kehidupan seharian juga.
Pilihlah content yang bagus-bagus untuk dihasilkan. Kita pun boleh berdakwah melalui cara ini. Bagus, kan?
Tahu 3 sebab ini sahaja, tak mencukupi kalau tak tahu ilmu shoot dan edit video guna smartphone. Bahan yang baik, bila 'dipersembahkan' dengan cara yang terbaik juga perlu ada kemahirannya.
Tekan gambar-gambar untuk maklumat lanjut bagi membantu manfaatkan smartphone di tangan kita