Dari Zero Kini Youtuber Ini Mempunyai Lebih 120K Minit Tontonan Sebulan

Tengahari tadi kami ada terima mesej panjang dari salah seorang student kami. Ingatkan kena marah, rupanya nak ucapkan terima kasih.. Kami kongsikan mesejnya di sini untuk tatapan semua terutama buat tatapan cikgu-cikgu di Saiful Nang Academy yang bertungkus lumus berkongsi ilmu tanpa kenal erti penat lelah.
.
.

Salam kepada semua warga kerja Saiful Nang Academy dan Rare Founders Circle members.

Pertamanya saya nak ucapkan jutaan terima kasih kepada Cikgu AA. Inspirasi beliau telah membuat saya memberanikan diri untuk membuka Youtube channel sendiri. Saya sudah menghadiri tiga kelas beliau:

1) 29.08.2020 Smartphone Video Editing 
2) 11.10.2020 Smartphone Food Videography

3) 25.10.2020 Smartphone Video Shooting

Saya juga telah menghadiri kelas Cikgu Harraz pada
4) 24.10.2020 Poster Mudah Smartphone

Berbekalkan ilmu daripada dua orang guru hebat ini, saya membuat video-video masakan. Akhirnya saya membuka Youtube channel sendiri pada 12.11.2020 dan saya post video-video saya di situ.

Alhamdulillah selepas genap sebulan, saya dapat subscription sebanyak 514 subs dan minit tontonan melebihi 120K.

Masuk bulan kedua, selain buat video masakan, saya kembangkan sikit video saya kepada keluar mencari bahan-bahan masakan pula. Channel Rare TV menjadi bahan rujukan saya belajar. 


Saya juga menghadiri kelas Cikgu Syibli pada
5) 20.09.2020 Fotowang 

Alhamdulillah kini foto-foto saya mula dibeli orang di aplikasi Shutterstock.

Saya sangat berterima kasih kepada semua warga Saiful Nang Academy yang sentiasa ingin melihat orang lain berjaya seperti mereka juga. Bak kata Saiful Apek dalam Gegar Vaganza 7, “A great leader doesn’t create followers. They create another leaders”.

Saya ingin terus menimba ilmu di Saiful Nang Academy. Walaupun secara online, ilmu-ilmu yang dikongsi sangat bernilai dan memberi manfaat yang besar kepada saya dan kawan-kawan yang lain. Saya juga ingin join meeting yang Saiful Nang Academy buat secara mingguan nanti kerana banyak soalan yang mahu saya tanyakan kepada cikgu-cikgu untuk penambahbaikan channel saya.

Sekian saja perkongsian saya. Terima kasih kerana ambil masa untuk membaca nota saya yang panjang ini. Saya ingin menjemput kawan-kawan di sini untuk subscribe channel saya di sini (boleh klik di gambar untuk ke channel Youtube beliau) :


Sally
17 December 2020
.
.
**Update pada 30 Jun 2021, kini Youtube channel beliau sudah pun memiliki 701 subscribers. 

Ada yang berminat nak buka Youtube channel sendiri juga seperti beliau? Beranikan diri, dan mula.You have to start somewhere in order for you to move. Sebagai permulaan, kena tuntut ilmu dulu. Ini ilmu asas yang perlu ada untuk menjadi seorang Youtuber:

- Video shooting 
- Video editing 
- Cara buat thumbnail video yang menarik 
- Ilmu teknikal mengenai Youtube

Kami ajarkan semuanya hanya dengan menggunakan smartphone yang ada kat tangan tu jer. Klik gambar ni untuk mendaftar.

Jika kita berminat untuk buat video Youtube yang berasaskan masakan, digalakkan untuk sertai terus kelas yang Smartphone Food Videography. Pengajaran akan lebih khusus cara nak nak shoot makanan dan buatkan video kita lebih menyelerakan. Boleh klik gambar di bawah ni saja untuk mendaftar.


Related Posts

Jadi YouTuber Guna HP & Jana Pendapatan; Persediaan Guru Sebelum Pencen
Jadi YouTuber Guna HP & Jana Pendapatan; Persediaan Guru Sebelum Pencen
Nama Cikgu Haini Hamlin mungkin masih asing dalam kalangan rakyat Malaysia. Tapi ini adalah salah satu contoh PERSEDI...
Read More
8 Features InShot Buat Peminat Video Smartphone Pilih Apps Percuma Ini
8 Features InShot Buat Peminat Video Smartphone Pilih Apps Percuma Ini
Nak jadi content creator yang berjaya, perlu bantuan apps yang memudahkan tugasan kita. Maklumlah, nak hasil video co...
Read More
Menjadi Influencer Travel Termuda Di Dunia, Bayi Ini Berjaya Meraih RM4150 Setiap Bulan
Menjadi Influencer Travel Termuda Di Dunia, Bayi Ini Berjaya Meraih RM4150 Setiap Bulan
Siapa sangka kan, umur baru setahun dah boleh jadi influencer travel. Ini yang terjadi pada seorang bayi bernama Brig...
Read More

Filter
video shooting video editing
video shooting video editing