5 Youtuber Yang Bermula Dari Biasa-Biasa, Kini Lagi Terkenal Dari Artis

Youtube adalah satu plartform yang sangat terkenal di seluruh dunia. Di sinilah tempat untuk mencari segala maklumat dan juga tempat untuk kita merehatkan minda dengan menonton pelbagai video menarik di dalam nya.

Selain itu, Youtube juga menjadi tempat untuk menjana pendapatan. Ramai Youtuber telah berjaya menjana pendapatan yang sangat lumayan dengan buat konten di Youtube sahaja. Malah, ada antara mereka yang sudah menjadi kaya raya dengan hanya buat video di Youtube sahaja.
      
Senarai Youtuber Yang Berjaya Di Malaysia Yang Perlu Anda Tahu


Di negara kita juga ramai Youtuber yang telah berjaya dan kaya raya. Malah, ada antara Youtuber yang berjaya ini, umur mereka masih muda. Kejayaan mereka telah menjadi inspirasi mereka di luar sana, kerana ada antara mereka yang berasal dari keluarga yang kurang berkemampuan tetapi dengan usaha yang gigih, mereka telah menjadi Youtuber yang popular di negara kita pada usia muda. Jom kenali, siapakah Youtuber yang terkaya di negara kita. Mereka adalah:

1- Alieff Irfan


Bila sebut sahaja nama Alieff Irfan, hampir ke semua rakyat di negara kita mengenali Youtuber muda ini. Alieff Irfan mula menubuhkan Channel Youtubenya sendiri pada tahun 2016. Semenjak dari haritu, dia telah membuat pelbagai konten yang menarik, dan telah menjadi antara channel Youtube kegemaran rakyat Malaysia. Apa yang lebih membanggakan pada usia yang muda dia telah berjaya membuka syarikat produksinya sendiri dan mempunyai teamnya yang tersendiri. Justeru itu, tidak hairanlah jika Alieff Irfan ini menjadi sebutan rakyat negara kita dan menjadi inspirasi mereka di luar sana untuk turut berjaya seperti dia.

2- Syahmi Sazli

Youtuber yang seterusnya ini pula adalah Youtuber yang sangat terkenal dan tengah viral pada waktu ini. Syahmi sazli terkenal sebagai salah seorang content creator yang buat drama pendek yang kelakar dan menarik. Terutama sekali watak Yoe Parey dan Asif yang bersahaja, membuatkan setiap video yang di hasilkan oleh Syahmi Sazli mendapat tontonan yang tinggi.

3- Zukiee

Zukiee adalah content creator yang sering buat video-video komedi, sesiapa sahaja yang menonton videonya pasti tidak akan kering gusi dengan lawak-lawak yang di bawa oleh gabungan Zukiee dan Pak Duan dalam video yang penuh babak kelakar. Tidak hairanlah, sehingga ke hari ini, channel Youtubenya telah mendapat lebih dari 1 juta subscriber. 

Sebelum ini, kami juga ada mengeluarkan satu artikel berkaitan dengan perjalanan hidupnya menjadi seorang Youtuber. Semuanya bermula dengan menggunakan henfon murah sahaja. Boleh rujuk link ini:

https://www.snap.my/blogs/videografi/dari-henfon-rm380-kini-zukie-menerima-pendapatan-sehingga-rm200k-sebulan


4- Isa Isarb


Isa Isarb juga merupakan salah seorang Youtuber muda yang telah berjaya dan telah menjadi kaya raya dengan video-video konten yang telah dia buat. Hasil daripada konten di channel Youtubenya, dia telah berjaya membeli rumah bernilai jutaan ringgit dan telah mengecapi pelbagai kejayaan.|


5- Sugu Pravita



Youtuber yang seterusnya ini pula merupakan Youtuber yang berbangsa India. Sugu Pravita merupakan Youtuber india yang telah berjaya dalam negara kita dan merupakan antara Individu yang berjaya melakar nama dalam negara kita.
Malah, ia merupakan Youtuber yang tengah viral pada waktu ini. Sugu dan suaminya hanya menggunakan henfon biasa dalam penghasilan content video mereka.

Dengan adanya mereka membuatkan ramai yang mahu menjadi Youtuber dan mula berjinak-jinak sebagai content creator. Tambahan pula, dengan hanya menggunakan henfon pun sudah boleh hasilkan video yang menghasilkan jutaan followers.

Bagi yang berminat nak belajar cara menjadi Youtuber dan tercari-cari kelas Youtube, sekarang kami menyediakan pakej istimewa untuk bakal Youtuber. Pakej Youtuber yang berharga RM100.00 ini, mengandungi 3 kelas iaitu Kelas Smartphone Video Shooting, Kelas Smartphone  Video Editing dan Kelas Youtube Income Tinggi. Harga biasa bernilai RM190.00. Penjimatan RM90.00. Klik terus gambar di bawah untuk pendaftaran.

 

 


Hasil Kreatif: Wan Redhuan


Related Posts

Nenek 70 Tahun di India Jadi Food Youtuber dengan 1.15 Juta Subscribers
Nenek 70 Tahun di India Jadi Food Youtuber dengan 1.15 Juta Subscribers
Suman Dhamane telah meraih perhatian di India apabila meraih 8 juta tontonan sebulan pada tahun 2020 yang lalu menuru...
Read More
Lawan Video TikTok, Cikgu Kena Buat Video PdPR Lebih Menarik Elak Murid Lesu
Lawan Video TikTok, Cikgu Kena Buat Video PdPR Lebih Menarik Elak Murid Lesu
Jadi cikgu ni, tak kiralah di zaman bila pun, cabarannya memang tetap ada. Zaman Sultan Mehmed II (Sultan Muhammad al...
Read More
Bapa Youtuber Syafiq Aiman Bangga Anak Berjaya Jana Income Sendiri Di Usia Muda
Bapa Youtuber Syafiq Aiman Bangga Anak Berjaya Jana Income Sendiri Di Usia Muda
Baru-baru ini Google Malaysia telah mengucapkan tahniah kepada salah seorang Youtuber tempatan, Syafiq Aiman yang ber...
Read More

Filter
5 Youtuber Yang Bermula Dari Biasa-Biasa, Kini Lagi Terkenal Dari Artis - Saiful Nang Academy
5 Youtuber Yang Bermula Dari Biasa-Biasa, Kini Lagi Terkenal Dari Artis - Saiful Nang Academy