6 Youtuber Yang Semakin Popular Sejak PKP Dan Berjaya Jana Pendapatan Dari Youtube

Sejak Covid-19 menjelma di Malaysia pada tahun lepas, banyak kita tengok kemunculan Youtuber dan Youtube channel yang mendapat perhatian rakyat Malaysia. Ada yang berhenti separuh jalan, ada yang masih mengeluarkan content menarik sehingga kini.

Ada yang dah establish lama, tapi disebabkan PKP, subscribers naik mendadak-dadak. 
Ada juga yang baru bermula, dan masih dalam usaha mengejar untuk dapatkan Silver Button dari Youtube (kami lah tu. hehe). 

Jadi kali ini kami nak senaraikan 6 Youtube channel yang pada perhatian kami berjaya mengeluarkan content yang menarik dan diterima ramai. Boleh follow dan subscribe channel mereka ini sebagai tanda sokongan okay! 

1. KUMAAR FAMILY

Youtube channel yang mengisarkan mengenai sebuah keluarga dari interracial marriage (perkahwinan campur) dan kini menetap di United States. Logesh, seorang rakyat Malaysia yang berkahwin dengan Rachel warga US dan mempunyai 2 orang anak iaitu Zaden dan Kyren. 

Nothing fancy! Yup tiada apa-apa yang extra-ordinary mengenai kehidupan mereka, tapi itulah yang sebenarnya berjaya menarik perhatian rakyat Malaysia. Kumaar Family banyak berkongsi mengenai kehidupan mereka di sana melalui perkongsian vlog di Youtube. Kini Youtube channel mereka sudah mempunyai hampir 200K subscribers. Ini antara video beliau yang berjaya mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. 

Jika dilihat dari statistic ini, Kumaar Family Youtube channel ini mula aktif pada PKP 1.0 semasa bulan Julai 2020
**Data dan statistics di ambil dari website socialblade.com 

2. SUGU PAVITHRA

Sebelum Mac 2021, tiada siapa kenal Mr Sugu dan Mrs Pavithra. Tapi PKP jer, BOOM! Melonjak-lonjak nama pasangan suami isteri ini sehingga menjadi cover page untuk sebuah majalah tempatan. 

Sama seperti Kumaar Family, tiada yang fancy dalam video mereka. Tapi di sebabkan video mereka mencerminkan kehidupan biasa rakyat marhaen di Malaysia, ramai yang jatuh cinta dengan keluarga ini. Resepi yang dikongsikan juga senang untuk di ikut dan menggunakan bahan-bahan yang mudah untuk di dapati dan ada di setiap rumah. Kalau nak tahu, Sugu Pavithra pun rakam video mereka guna smartphone Android saja. Kini channel Youtube mereka sudah pun mempunyai 825K subscribers. 

Jika dilihat dari statistic ini, Sugu Pavithra Youtube channel ini mula mendapat perhatian pada PKP 1.0 semasa bulan Mei 2020

**Data dan statistics di ambil dari website socialblade.com 

3. SYEDOT ASMR 

"Kasi trademark satu kali! Syeeedot~~" kebiasaannya akan jadi pemula video-video perkongsian selepas salam beliau, diikuti dengan transisi 'gegaran otak' dan audio 'itik penyek'. Memang video-video Syedot 'menggegarkan otak' dan memberi ketenangan dan pengurangan stress viewersnya. Kenapa?

Perkongsian beliau yang sangat bersahaja, melucukan dan membuatkan orang terliur dan menyimpan azam yang tinggi nak makan apa yang dikongsikan beliau. Beliau juga menggunakan bantuan audio yang menenangkan dalam videonya. Konsep video ASMR lah kiranya content yang dihasilkan oleh Syedot ni. Kalau tengok video Syedot ni time tengah lapar, kami jamin mesti penonton boleh terpengaruh sama. Sejak PKP, follower channel Syedot ASMR kini telah meningkat sehingga ke 850K subscribers. 

Jika dilihat dari statistic ini, Syedot ASMR Youtube channel ini semakin mendapat perhatian bermula pada kemunculan Covid-19 di Malaysia iaitu Januari 2020. 

**Data dan statistics di ambil dari website socialblade.com 

4. KUPI KUPI GO 

Kupi Kupi Go atau lebih dikenali sebagai KKG ialah Youtube channel yang ditubuhkan pada tahun 2015 dan banyak mengeluarkan content yang berkisarkan mistik dan misteri. Memang menarik video yang dihasilkan oleh mereka hampir setiap minggu dan kini channel Youtube mereka sudah pun mencapai 1.11 juta subscribers. Mana yang suka tengok video-video mistik ni boleh la layan channel mereka okay! 

Jika dilihat dari statistic ini, Kupi Kupi Go Youtube channel ini mula meningkat secara mendadak subscribers nya pada PKP 1.0 di antara bulan Januari dan Mei 2020. 

**Data dan statistics di ambil dari website socialblade.com 

5. CHE NOM

Siapa jer yang tak kenal Che Nom? Hampir seluruh suri rumah, wanita yang baru berkahwin dan yang baru nak belajar memasak pasti kenal dengan video masakan ditemani suara yang lemak merdu di Youtube ini. Dengan gaya penyampaian yang santai dan jelas, resepi yang dikongsikan oleh beliau sering mendapat jutaan tontonan. Semasa PKP 1.0 subscribers Youtube channel Che Nom pada ketika itu dalam anggaran 800K, kini subscribers Che Nom sudah meningkat sehingga ke 1.24 Juta subscribers. 

Jika dilihat dari statistic ini, Che Nom Youtube channel ini mula mendapat subscribers baru bermula Mei 2020 iaitu semasa PKP 1.0

**Data dan statistics di ambil dari website socialblade.com 


6. RARE TV

Aha! Ini Youtube channel kami sendiri. Sebelum PKP subscribers kami ada la dalam 12,000 macam tu. Content kami pada ketika itu berkisarkan mengenai pengalaman travelog RARE di luar negara. Lepas tu dah lockdown PKP fasa pertama dan travel ke luar negara pun tak boleh. Kami pun mati kutu tak tahu nak buat apa. Fikir punya fikir, dah alang-alang tak boleh travel ke luar, apa kata kita buat travelog tempat-tempat RARE dalam negara pula since semua orang tak boleh travel.

Secara ringkas dari situlah bermulanya kisah kami bina content yang berterusan di Youtube channel kami. Kini kami luaskan 'jajahan' kami dengan membina content travelog, masak dan makan. Setelah memuat naik video secara consistent setiap minggu selama hampir 9 bulan, kini kami mempunyai 95.9K subscribers. Kebanyakan video kami semua dirakamkan menggunakan smartphone sahaja sebab gajet itu yang paling ringan dan mudah untuk di bawa kemana-mana. 


Ini statistic Youtube channel kami. Sebelum kami mula aktif buat video, alahai sedih tengok graf tu. Kemudian, bila dah consistent baru la nampak kenaikan subscribers yang mendadak. 

Ini pula pendapatan bulanan kami dari platform Youtube sahaja. 


Ada banyak lagi sebenarnya kalau nak dikongsikan Youtube channel yang meningkat naik sejak PKP ni, tapi kami kongsikan 6 channel ni dulu. Semua channel ini sudah pun berjaya jana pendapatan dari Youtube. Kalau nak tahu, ada banyak cara sebenarnya kita boleh dapatkan duit dari Youtube ni - ada kami kongsikan dalam artikel DI SINI

Nak jadi Youtuber pun dah mudah, guna apa yang ada kat tangan jer; smartphone. Bahkan, nak buka account Youtube pun tiada had limit umur. Anak kecil seumur 3 tahun pun ibu bapa boleh buatkan Youtube account untuk mereka, dan setua umur 70 tahun pun masih boleh juga. Yang penting sekali ialah perlu istiqamah dan rajin hasilkan content yang menarik.

Jadi kami nak kongsikan cara bagaimana nak dapatkan views dan subscribers tinggi di Youtube channel kita di dalam kelas Youtube Income Tinggi. Daftar kelas:

i) Youtube Income Tinggi = RM 50 
ii) Youtube Income Tingggi + Smartphone Video Shooting + Smartphone Video Editing = RM 100  

BAYAR RM 100 DAPAT 3 KELAS SEKALI GUS!!

Sebab sifirnya mudah, nak dapatkan subscribers, views dan income yang tinggi, kita perlu mahir yang asasnya dulu iaitu cara nak shoot dan edit video. Barulah boleh hasilkan video nampak profesional walaupun kita record guna henfon jer. Nak belajar dan GRAB HARGA COMBO ni boleh klik sahaja gambar di bawah ni yer..

 

Maklumat kelas seperti berikut:

Smartphone Video Shooting
19 Jun 2021 (Sabtu)
9am - 12pm

Smartphone Video Editing
19 Jun 2021 (Sabtu)
2pm - 5pm

Kelas Youtube Income Tinggi
Boleh ditonton pada bila-bila masa (rakaman Live) 


Related Posts

Bagaimana Kami Dapat Pendapatan 4 Angka  Sebulan, 183K Subscribers Dalam Masa 17 Bulan
Bagaimana Kami Dapat Pendapatan 4 Angka Sebulan, 183K Subscribers Dalam Masa 17 Bulan
Terkini, dah dapat capai 190K subs dah, berkat buat content video menarik berterusan. Jika kami boleh, content creat...
Read More
5 Langkah Mudah Untuk Bergelar Youtuber Hanya Dengan Gunakan Smartphone
5 Langkah Mudah Untuk Bergelar Youtuber Hanya Dengan Gunakan Smartphone
Sebenarnya tak susah pun nak jadi Youtuber ni dan semua orang pun boleh. Tiada had umur bagi yang nak buka account Yo...
Read More
6 Aplikasi Percuma Edit Video Menggunakan Smartphone Bagi Pengguna iOS Dan Android
6 Aplikasi Percuma Edit Video Menggunakan Smartphone Bagi Pengguna iOS Dan Android
Kalau dulu nak edit video kena ada komputer atau laptop yang high performance tapi gajet begini mahal pula harganya. ...
Read More

Filter
6 Youtuber Yang Semakin Popular Sejak PKP Dan Berjaya Jana Pendapatan Dari Youtube - Saiful Nang Academy
6 Youtuber Yang Semakin Popular Sejak PKP Dan Berjaya Jana Pendapatan Dari Youtube - Saiful Nang Academy