Dapat RM6K Sebulan Buat Video Pakai Henfon, Lepas 9 Bulan Dah 100K Subscribers Youtube

TAHNIAH TEAM RARE TV!

Ya memang betul. Kebanyakan video content yang kami buat kesemuanya menggunakan smartphone sahaja. Sebab smartphone lah yang paling ringan, paling mudah dan GADJET YANG KITA AKAN USUNG KE HULU KE HILIR. Even nak masuk bilik air pun kita bawa juga henfon tu.

Ramai yang nak jadi Youtubers sebab nak buat income pasif yang menguntungkan pada hari ini. Kemudian, invest beli gajet mahal-mahal sebab nak hasilkan video yang cantik!

Tetapi sebenarnya, hari ini kami dah buktikan, rupanya apa yang ada di tangan kita iaitu smartphone pun kita dah boleh buat income 4-5 angka dengan Youtube. Nak tahu macam mana kami buat? Pertama sekali BACA perkongsian yang kami nak kongsikan di bawah ini SAMPAI HABIS.

Perjalanan kami membangunkan Youtube channel selama 7-8 bulan yang mencabar dengan sekejap-sekejap PKP, PKPB, PKPD tak habis-habis tapi kami tetap teruskan usaha dan istiqamah dalam menghasilkan video content setiap minggu. Ternyata usaha kami membuahkan hasil apabila subscribers kami meningkat saban minggu dan BERJAYA DAPAT INCOME 4-5 ANGKA. Ada banyak cara nak dapatkan income dari Youtube tapi salah satu (dan paling senang) ialah melalui iklan.


Dari iklan sahaja kami berjaya dapat at least RM6K sebulan. Kami dah buat dan laluinya, tak susah pun sebenarnya nak dapatkan income ni cuma perlukan disiplin dan konsistensi yang tinggi. Kalau buat separuh jalan, memang tak akan nampak hasil. Tak perlu runsing tak ada equipment camera mahal-mahal, cuma gunakan sahaja smartphone kita itu sebaik mungkin. 

Antara salah satu tips penting kami nak kongsi ialah tips power bagaimana nak kekalkan retention video atau dalam bahasa mudah nak buat viewers kekal melekat layan video kita sampai habis di Youtube. Bila retention video kita bagus, Youtube akan jadikan video kita sebagai recommended dan suggested video.

Perkara ni sangat penting untuk membantu untuk kita grow organic view dengan baik. Organic view ni kalau kita pandai jaga, video dah upload 2 tahun pun masih lagi boleh dapat views dan jana pendapatan secara berterusan. Jadi, bila lagi banyak views, lagi banyak iklan akan masuk. Lagi banyak iklan masuk, lagi banyak pendapatan yang kita boleh jana melalui video yang kita hasilkan. Jadi macam mana pula nak bagi organic view kita grow dengan baik? 

Yang itu kami akan cerita dalam kelas nanti. Dalam Pakej Youtuber ni, kami ada ajarkan sekali dalam kelas bagaimana nak:
1) baca analisa dari Youtube
2) tips nak naikkan Youtube channel dengan cepat
3) bagaimana menggunakan Tubebuddy dengan berkesan
4) cara nak buka Youtube channel
5) strategi pembinaan content untuk mendapatkan views yang tinggi

Tahu semua teknik dan taktik ni, kena tahu juga bagaimana nak hasilkan video yang mantap dan menarik walaupun guna henfon sahaja. Sebab video yang menarik tu lah yang akan buatkan penonton tonton video kita sehingga habis dan menbuatkan video kita keluar di bahagian recommended dan suggested video. 

Boleh klik gambar ni untuk upgrade ilmu dan kemahiran videography & Youtube. Setiap bulan kita akan buat kelas secara Live dan untuk bulan ni kita akan buat pada hari Sabtu ni 19/6/2021.. Tenaga pengajarnya juga ialah Youtuber RareTV juga. Jadi semua ilmu yang akan dikongsikan ialah dari pengalaman kami sendiri membangunkan Youtube channel RareTV.

 


Related Posts

Nenek 70 Tahun di India Jadi Food Youtuber dengan 1.15 Juta Subscribers
Nenek 70 Tahun di India Jadi Food Youtuber dengan 1.15 Juta Subscribers
Suman Dhamane telah meraih perhatian di India apabila meraih 8 juta tontonan sebulan pada tahun 2020 yang lalu menuru...
Read More
Lawan Video TikTok, Cikgu Kena Buat Video PdPR Lebih Menarik Elak Murid Lesu
Lawan Video TikTok, Cikgu Kena Buat Video PdPR Lebih Menarik Elak Murid Lesu
Jadi cikgu ni, tak kiralah di zaman bila pun, cabarannya memang tetap ada. Zaman Sultan Mehmed II (Sultan Muhammad al...
Read More
Bapa Youtuber Syafiq Aiman Bangga Anak Berjaya Jana Income Sendiri Di Usia Muda
Bapa Youtuber Syafiq Aiman Bangga Anak Berjaya Jana Income Sendiri Di Usia Muda
Baru-baru ini Google Malaysia telah mengucapkan tahniah kepada salah seorang Youtuber tempatan, Syafiq Aiman yang ber...
Read More

Filter
Dapat RM6K Sebulan Buat Video Pakai Henfon, Lepas 9 Bulan Dah 100K Subscribers Youtube - Saiful Nang Academy
Dapat RM6K Sebulan Buat Video Pakai Henfon, Lepas 9 Bulan Dah 100K Subscribers Youtube - Saiful Nang Academy