Lagi Karya Anak Tempatan Featured Di Instagram Rasmi Apple Dengan Hampir 30Juta Followers
Mungkin ada yang belum tahu, pada 3 hari lepas Instagram Rasmi Apple telah memilih video 'slow-mo' milik Suffian Ghaffar untuk featured di Instagram rasmi Apple. Bagi yang belum tonton, ini videonya.
Nampak biasa tapi ada story di sebalik slow-mo air terjun ni. Suffian Ghaffar atau lebih dikenali dengan panggilan OD, katanya ke air terjun Lata Bunta kerana ketiadaan air di Selangor pada ketika itu. Alang-alang dah sampai sana, shoot lah gambar dan video sebanyak yang boleh. Rugi jika tidak manfaatkan camera smartphone yang ada. Mana tahu dapat featured di Instagram Rasmi jenama smartphone masing-masing. Atau gambar-gambar yang kita shoot tu pun boleh dibuat jual juga di platform stock photo online.
Video pendek ini juga telah menerima tontonan sebanyak 1.6 Juta views di Instagram Apple. Bukan senang nak dapat featured di Instagram Apple ni. So far baru 4 orang (termasuk OD) yang dapat featured di Instagram rasmi Apple. Tahniah untuk OD dan juga yang lain.
Bagi yang nak tahu bagaimana nak buat video slow-mo air terjun yang mudah, boleh tonton video tutorial kami di bawah.
Kalau ada yang nak try buat video slow-mo pokok bunga mak kita kat depan rumah tu, boleh tengok tutorial kami di bawah ni pula. Senang je nak buatnya, dah buat lepas tu boleh tag kami di Instagram okay (Instagram kami: @saifulnangacademy)