PENGUMUMAN!!! Kelas Live akan diadakan secara fizikal. Kelas Online hanya ada dalam bentuk rakaman (pre-recorded) dengan akses SATU BULAN dari tarikh pendaftaran.
Bermula Januari 2023, Kelas Live akan diadakan secara fizikal. Kelas Online hanya ada dalam bentuk rakaman (pre-recorded) dengan akses SATU BULAN dari tarikh pendaftaran.
1 gambar yang dibeli adalah LEBIH BAIK dari 1 gambar yang mendapat 1000 'likes' di medsos.
Jika dalam telefon kita ada lebih dari 1,000 keping gambar, ada baiknya kita belajar ilmu jual gambar. Gambar dengan smartphone pun ada yang beli dalam USD. Dari memberatkan smartphone dan hard disk, baiklah dijual.
Gambar Roti Canai pun ada orang beli ?
Ada, gambar batu depan rumah, gambar bunga, gambar makanan, gambar masjid semua boleh dijual jika betul caranya. Dari terbiar gambar di dalam phone atau sekadar mendapat like di dalam Facebook. Lebih baik jual gambar secara online dan jana pendapatan dalam USD melalui Fotografi Stok.
Macam tak percaya je kan? Ada juga orang beli gambar yang kita rasa 'biasa-biasa' macam ni.
Gambar batu je ni. Dari 2010 dah 'buat duit' untuk 'contributor'. Tak sia-sia raikan batu deco yang isteri susun dekat laman depan rumah!
Lepas jogging, ambil nafas sekejap di Taman Tasik Titiwangsa. Sajalah cuba-cuba submit dulu tu. Alhamdulillah, dah ada 18 pembeli.
Serius tak percayalah, gambar epal oren shot dekat Pasar Chow Kit ni ada juga orang minat nak beli.
Yang ini memang 'ibu duit' dah dekat 10 tahun. Pertama kali submit, jenguk sesekali, tinggal check akaun je selepas tu. Kadang-kadang tak perasan pun duit masuk.
Perkongsian En Syahrel Hashim yang salah yg salah satu gambarnya terjual pada harga 13,000 pound sterling. Alhamdulillah rezeki.
APA YANG AKAN DIPELAJARI
1. Pengenalan Fotografi Stok
Bagaimana industri Fotografi Stok berjalan, siapa pembelinya dan kenali syarikat yang menawakan perkhidmatan Fotografi Stok
2. Jenis Jualan Gambar
Fahami perbezaan antara jualan kategori Commercial dan Editorial. Apakah kriteria gambar yang perlu dijual dengan kategori Editorial, mengapa ada gambar yang tidak boleh dijual dalam kategori Commercial
3. Gambar yang Laku
Ketahui jenis gambar yang sentiasa mendapat jualan yang tinggi. Mengapa gambar ini mempunyai jualan yang tinggi. Jangan terkejut, sesetengah gambar yang mempunyai jualan yang tinggi ada di depan mata kita sahaja
4. Teknikal Gambar
Apakah kriteria gambar yang diperlukan untuk mula menjual di dalam fotografi stock. Ketahui juga rahsia untuk gambar mudah lulus untuk jualan
5. Pendaftaran dan Cara Upload Foto
Para peserta juga akan di ajar secara step by step bagaimana untuk mendaftar sebagai seorang penjual gambar di dalam Shutterstock. Bagaimana nak membuka akaun, kategori gambar, keyword yang sesuai dan description
Kelas akan dilangsungkan secara online, namun peserta akan diberikan tugasan dan wajib untuk dihantar semula ke dalam group untuk dikritik semula oleh pengajar.
MATLAMAT KELAS
Di akhir kelas, para peserta akan sudah mempunyai akaun Shutterstock, juga tahu apakah kriteria gambar yang mudah lulus, yang tinggi jualan dan sudah mula ada gambar yang dihantar untuk dijual.
PERALATAN YANG DIPERLUKAN
Smartphone atau Laptop serta aplikasi Shutterstock Contributor.
MENGAPA ANDA WAJIB SERTAI KELAS INI
1. Kelas dilakukan secara online, tak perlu nak keluar rumah. 2. Ada nota dan video Live bersama cikgu. 3. Boleh lihat siaran ulangan, jika tidak berkesempatan pada waktu yang ditetapkan. 4. Belajar secara ‘step-by-step’ dengan penyampaian yang mudah difahami. 5. Harga yuran kelas yang sangat berbaloi hanya RM70 SAHAJA.
TESTIMONI
Poster Iklan FB Guna Smartphone (Poster Mudah Smartphone)
Regular price
RM90.00 MYR
/
Teknik menghasilkan poster yang mudah dan menarik dengan hanya menggunakan smartphone.
Sangat membantu bagi para usahawan yang baru berjinak-jinak dalam dunia perniagaan. Kos untuk hire designer juga semakin kurang.
Rugi sangat kalau baru berniaga tapi dah spend mahal-mahal nak upah designer. Sayang ramai beli handphone dengan harga mahal tapi tak gunakan fungsi dan aplikasi yang percuma yang sangat hebat di dalam smartphone. Kelebihan membuat poster dengan smartphone ini ialah ianya cepat, mudah dan berkualiti tinggi.
Poster macam ni, tak sampai 5 minit pun nak disiapkan guna apps percuma dan guna smartphone
APA YANG AKAN DIPELAJARI
1. Jenis Font
Fahami jenis-jenis font yang bersesuaian dengan poster supaya nampak lebih kemas dan menarik.
Jangan nak serabutkan kepala orang yang mungkin sudah sedia serabut dengan masalah mereka. Nak pastikan mereka berhenti dan baca poster kita, sampai mereka terkesan dan membeli produk kita atau percaya dengan perkongsian maklumat kita, jangan menambah-nambah yang tak perlu. Cantik di mata kita satu-satu font tu, tak semestinya cantik di mata mereka. Silap-silap, mereka 'skip' sahaja semuanya.
"Less is more". Guna 1-2 warna pun dah mencukupi. 3 jenis warna, paling maksima untuk tulisan yang kita gunakan dalam poster kita. Ingat, jangan menyerabutkan lagi orang yang memandang. Dari mata turun ke hati. Akhirnya ke jari mereka juga sama ada nak tekan BUY atau tidak.
2.Displin warna
Ketahui bagaimana poster kita menjadi cantik dengan penggunaan warna dan susunan dalam membuat poster. Poster yang cantik tak perlu mempunyai terlalu banyak warna malah penggunaan terlalu banyak warna boleh menjadikan poster kita terlalu penuh dan tidak menarik perhatian orang.
Tahu tak, sebelum ini ada satu peraturan yang menyebabkan designers gagal mengiklankan produk dengan menggunakan poster mereka? Ketahui apa yang terkini dari cikgu kelas Poster Mudah Smartphone ya!
3. Ruang dan Peraturan FB
Fahami teknik komposisi wordingspada poster yang membuatkan poster kita menjadi lebih menarik. Apakah syarat dan peraturan FB untuk poster iklan perniagaan kita. Bagaimana untuk mengaplikasikan peraturan-peraturan ini di dalam poster kita.
Poster utama di page selalunya akan membuatkan followers 'masuk ke kedai kita dan seterusnya membuat pembelian jika semuanya menarik. Kalau perkara utama pun dah 'out', mereka tak sudi nak menyinggah pun. Main header juga sama. Kombinasi gambar dan penulisan mampu membuatkan orang stop dan semak perkongsian kita.
4. Poster FB Headline
Belajar bagaimana untuk membuat header Facebook kita dengan menggunakan aplikasi percuma dalam smartphone saja.
5. Instastory
Belajar bagaimana untuk mencantikkan instastory kita supaya lebih menarik perhatian dan bukan di 'slide' saja.
Dalam masa 2 bulan sudah ada 218 000 viewers untuk satu video ini sahaja. Semuanya bermula dengan poster yang membuatkan orang stop dan tekan link untuk tonton video yang dikongsikan.
6. YOUTUBE THUMBNAIL Jika anda seorang youtuber, wajib pandai edit thumbnail yang menarik untuk tambah viewer dalam channel kita sendiri. Apa itu thumbnail?, biasa ada dekat muka depan video sebelum orang click video kita. YouTuber wajib mahir bab ini kalau mahu jadikan content kita pergi jauh.
6. FB Posting Memahami cara membuat poster yang bersesuaian dengan syarat dan peraturan Facebook.
7. Poster Kolaj Belajar bagaimana untuk membuat poster kolaj yang kemas dan penyusunan gambar untuk mencantikkan poster kita. Kita tak mahu tersekat dengan hanya sejenis poster sampai bila-bila. Pelbagaikan, ikut kreativiti. Guna sahaja beribu-ribu template percuma atau berbayar dalam apps percuma pun boleh. Kelas akan dilangsungkan secara online, namun peserta akan diberikan tugasan dan wajib untuk dihantar semula ke dalam group untuk dikritik semula oleh pengajar.
MATLAMAT KELAS Di akhir kelas, para peserta akan memahami cara membuat poster yang cantik menggunakan smartphone.
PERALATAN YANG DIPERLUKAN 1. Smartphone 2. Aplikasi Adobe Spark Post
MENGAPA ANDA WAJIB SERTAI KELAS INI 1. Kelas dilakukan secara online, tak perlu nak keluar rumah. 2. Ada nota dan video Live bersama cikgu. 3. Boleh lihat siaran ulangan, jika tidak berkesempatan pada waktu yang ditetapkan. 4. Belajar secara ‘step-by-step’ dengan penyampaian yang mudah difahami 5. Harga yuran kelas yang sangat berbaloi hanya RM70 SAHAJA.
TESTIMONI
Bina Google Business
Regular price
RM70.00 MYR
Sale price
RM25.00 MYR
Save RM45.00 MYR
/
INFO KELAS Pendaftaran Terbuka Sepanjang Masa! Boleh daftar dan terus menonton rakaman kelas.
98% orang Malaysia menggunakan Google sebagai enjin carian utama
Nak cari kedai makan, Google Nak cari Homestay, Google Nak cari produk yang kita nampak di Facebook, tetap kita Google juga
Kerana itu wajib untuk masukkan perniagaan kita di dalam Google, walaupun berniaga di warung, berniaga dari rumah ataupun di lot kedai
Apa kelebihannya ?
Pelanggan akan tahu : a) Waktu perniagaan kita b) Boleh hubungi kita dengan mudah (nom telefon) c) Lokasi perniagaan kita d) Informasi produk, perkhidmatan kita lebih jelas e) Review dari pelanggan yang berpuas hati dengan produk kita
dan pelbagai lagi kelebihan yang akan kita kongsikan dalam kelas ini
Secara ringkas, apabila kita meletakkan perniagaan kita di dalam Google, segala info penting perniagaan kita akan berada di Google dan memudahkan pelanggan untuk berjumpa kita.
Semakin mudah pelanggan jumpa kita, semakin mudah mereka membeli.
Bagi yang masih belum meletakkan perniagaan di dalam Google, atau dah letak dalam Google tapi tak pernah menjenguk. Wajib sertai kelas ini
Apa yang kita akan pelajari :
1. Bagaimana menempatkan perniagaan kita di dalam Google Maps 2. Fungsi dan bagaimana nak gunakan Google Review 3. Cara tepat bina gambar perniagaan untuk google 4. Bagaimana melihat insight Google 5. Step by Step bina Google My Business
Dan pelbagai lagi tips perniagaan.
MATLAMAT KELAS
Di akhir kelas, para peserta akan memahami bagaimana untuk meletakkan perniagaan di dalam Google dan bagaimana menggunakan fungsi google
PERALATAN YANG DIPERLUKAN
Laptop
MENGAPA ANDA WAJIB SERTAI KELAS INI
1. Kelas dilakukan secara online, tak perlu nak keluar rumah 2. Ada nota dan video Live bersama cikgu 3. Boleh lihat siaran ulangan, jika tidak berkesempatan pada waktu yang ditetapkan. 4. Belajar secara ‘step-by-step’ dengan penyampaian yang mudah difahami 5. Harga yuran kelas yang sangat berbaloi hanyaRM10 SAHAJA
Smartphone Product Photography
Regular price
RM90.00 MYR
/
INFO KELAS Pendaftaran Terbuka Sepanjang Masa! Boleh daftar dan terus menonton rakaman kelas.
KENAPA USAHAWAN PERLU ADA GAMBAR PRODUK YANG MEMUKAU?
Pernah kita alami keadaan dimana produk dah bagus tapi susah nak menjual? Penat share pada semua orang tapi tak ramai pun ambil perhatian. Jangan tak tahu nak menjual barang secara online ni pun perlukan skill dan seni yang tersendiri.
Yang utamanya, sebagai usahawan kita perlu set dalam minda kita "A picture is worth a thousand words", jadi produk kita wajib ada gambar pengenalannya sendiri. Bukan gambar sembarangan, tapi kita kena pastikan foto produk yang kita nak jual itu betul-betul menampakkan ciri istimewanya dan dipersembahkan dalam suasana yang mampu membuatkan bakal pelanggan ternganga melihatnya. Produk biasa-biasa, tapi boleh jadi luar biasa jika diambil gambarnya dengan betul.
Gambar produk mantap, proses menjual juga akan jadi lebih mudah. Dari situlah kita akan dapat memujuk mereka membeli produk kita tanpa perlu untuk bercakap banyak. Lihat sahaja gambar di bawah ini. Produk yang sama tetapi mempunyai hasil gambar yang berbeza. Foto A gambar nya gelap, tidak 'welcoming', hambar dan langsung tidak menarik dan tertarik. Manakala Foto B pula gambar nya nampak 'lively', menarik dan membuatkan kita terasa ingin mencuba. Jika kita promote produk kita di sosial media, gambar mana satu yang akan lebih senang untuk kita yakinkan pelanggan untuk membeli?
Macam mana nak tangkap gambar yang mampu "WOW" kan bakal pelanggan? Sebab itu lah kami wujudkan kelas produk fotografi ini dengan niat untuk membantu semua usahawan di luar sana yang perlukan ilmu ini dengan harga rakyat marhaen. Dalam kelas kami akan kongsikan cara terbaik, dan mudah untuk mengambil gambar produk hanya dengan smartphone sahaja.
KELAS INI SESUAI UNTUK SIAPA? 1. Usahawan yang menjual produk (tidak kisah produk apa) 2. Agent dan dropship
APA YANG AKAN ANDA PELAJARI? 1. Teknik shoot gambar produk dengan betul 2. Komposisi dan element dalam produk fotografi 3. Teknik pencahayaan 4. Teknik angle yang terbaik 5. Penggunaan props dan background 6. Editing mudah menggunakan smartphone
MATLAMAT KELAS Selesai kelas Product Photography Smartphone ini anda akan mahir dengan teknik mengambil gambar produk yang menarik tumpuan dan setanding dengan gambar profesional.
PERALATAN YANG DIPERLUKAN 1. Smartphone 2. Artificial light (digalakkan) 3. Produk (digalakkan) 4. Props - (digalakkan) 5. Tapak plain yang boleh digunakan sebagai background (digalakkan)
MENGAPA ANDA WAJIB SERTAI KELAS INI 1. Kelas dilakukan secara online, tak perlu nak keluar rumah. 2. Ada nota dan video Live bersama cikgu. 3. Boleh lihat siaran ulangan, jika tidak berkesempatan pada waktu yang ditetapkan. 4. Belajar secara ‘step-by-step’ dengan penyampaian yang mudah difahami. 5. Harga yuran kelas yang sangat berbaloi hanya RM70 SAHAJA.
TESTIMONI
Copywriting Membelah Langit
Regular price
RM90.00 MYR
/
SILAP BESAR BILA KITA GUNA SATU COPYWRITING PAKAI UNTUK SEMUA
Ini satu perangai pemalas yang ada dalam ramai peniaga online. Suka sangat recycle, ulang-ulang copywriting yang sama. Dah lah copywriting tak menarik, lepas tu copywriting yang sama itu jugalah diguna balik untuk semua jenis baju kurung, semua jenis posting. Mana boleh copywriting nak jual pada orang Terengganu sama dengan orang Gombak? Kena spesifik baru boleh engage.
Macam mana iklan FB kita jadi sendu dan kos tinggi bila kita buat iklan copy paste, terlalu mengiklan sampai bertebaran pembaca lari, tak nak ambil tahu tentang pelanggan, buat iklan asal boleh, gambar tak menarik, buat iklan bangla yang reply dan macam-macam masalah lagi.
JADI APA ANTARA YANG AKAN DIPELAJARI DALAM KELAS INI?
1. BAGAIMANA MENULIS HEADLINE YANG POWER
Fahami cara membuat Headline yang akan menarik perhatian online user. Headline yang bagus tak semestinya panjang dan berbunga-bunga tapi mestilah pendek dan precise. Headline padu menusuk terus ke target market kita.
2. BAGAIMANA MENULIS POST YANG BERKESAN
Ramai orang pandai menulis tapi tak semua orang pandai membuat posting yang engage dan sesuai dengan para pembaca. Dari kelas ini, kita akan belajar apakah elemen-elemen yang wajib ada dalam posting untuk memastikan posting berkesan dan berjaya membawa kepada jualan. Kita akan kenal pasti juga apakah faktor-faktor yang menyebabkan posting kita tidak engage (atau posting syok sendiri).
3. PENGGUNAAN FOTO DAN VIDEO SEBAGAI STOPPER
Sama seperti penulisan, foto dan video juga amat penting untuk menghasilkan posting yang menarik. Antara yang akan di kongsikan seperti cara pemilihan gambar yang tepat, video yang mantap dan cara penyusunan gambar dalam posting. Ramai usahawan, agent dan dropship yang terlepas pandang dalam cara penyusunan gambar kerana gambar yang pertama haruslah yang mampu menarik attention dan berjaya membuatkan online user berhenti untuk membaca posting kita.
4. STORYTELLING COPYWRITING
Seperti teknologi, copywriting juga kena berubah mengikut kesesuaian masa dan ketika. Copywriting yang viral pada masa lalu mungkin tidak akan viral lagi pada masa sekarang. Antara copywriting yang paling berkesan pada masa kini adalah secara bercerita atau pun 'storytelling'. Cara ini dapat memberi inspirasi atau gambaran kepada para pembaca dan membuatkan mereka tertarik dengan produk atau servis kita.
MATLAMAT KELAS
Selesai kelas ini anda akan mahir dengan teknik penghasilan posting dan copywriting Facebook yang menarik, serta pemilihan gambar dan video yang baik.
PERALATAN YANG DIPERLUKAN
Laptop (jika ada) Smartphone Buku nota
MENGAPA ANDA WAJIB SERTAI KELAS INI
1. Kelas dilakukan secara online, tak perlu nak keluar rumah 2. Ada nota dan video penerangan secara Live bersama cikgu Saiful Nang Academy 3. Boleh lihat siaran ulangan jika tidak berkesempatan untuk sertai sesi Live pada waktu yang ditetapkan 4. Belajar secara 'step-by-step' dengan penyampaian yang mudah difahami 5. Belajar dari cikgu-cikgu yang berpengalaman dalam pemasaran sosial media dan sentiasa up-to-date dengan trend semasa sosial media 6. Kami menyediakan support group yang berterusan secara PERCUMA di Telegram 7. Harga yuran kelas yang sangat berbaloi hanya RM70 SAHAJA
Whatsapp Lock
Regular price
RM90.00 MYR
/
Penat menaip dalam whatsapp, inquiry dah banyak masuk tapi nak lock tak terkunci juga. Mana silapnya?
Perkara ini mungkin terjadi kerana:
1) Kita layan inquiry macam jawab kertas peperiksaan UPSR.
2) Orang dah minat tapi kita yang jual mahal.
3) Kita hanya nampak duit pada pelanggan.
4) Kita jawab inquiry dengan bahasa budak wechat, typo dan short form bersepah-sepah.
5) Mereka dah berminat tetapi kita tak beri apa yang mereka mahu.
Kalau prospek whatsap beratus-ratus tapi semua bagi bluetick sahaja, takkan tak mahu belajar macam mana kami buat?
APA YANG AKAN ANDA PELAJARI? 1. Seni Bahasa Yang Membina Kepercayaan Pelanggan. 2. Seni Memujuk Pelanggan. 3. Bina Sistem Menjawab Inquiry Yang Lebih Baik. 4. Bagaimana Membina 'repeat customer' menggunakan Whatsapp. 5. Bagaimana menggunakan SENJATA PERCUMA di dalam Whatsapp Business.
MATLAMAT KELAS Selesai kelas ini anda akan lebih jelas bagaimana untuk close sales melalui Whatsapp dengan pantas, dan cara untuk menarik hati dan minat bakal pelanggan.
PERALATAN YANG DIPERLUKAN 1. Smartphone 2. Aplikasi Whatsapp Business
MENGAPA ANDA WAJIB SERTAI KELAS INI 1. Kelas dilakukan secara online, tak perlu nak keluar rumah. 2. Ada nota dan video Live bersama cikgu. 3. Boleh lihat siaran ulangan, jika tidak berkesempatan pada waktu yang ditetapkan. 4. Belajar secara ‘step-by-step’ dengan penyampaian yang mudah difahami. 5. Harga yuran kelas yang sangat berbaloi hanya RM70 SAHAJA.
TESTIMONI
Smartphone Fashion Photography
Regular price
RM90.00 MYR
/
INFO KELAS Pendaftaran Terbuka Sepanjang Masa! Boleh daftar dan terus menonton rakaman kelas. AMBIL GAMBAR PRODUK PAKAIAN PAKAI SMARTPHONE TAPI LAWA MACAM HIRE JURUGAMBAR PROFESSIONAL. .
Kalau dah betul tekniknya pakai fon cap ayam pun gambar boleh cantik apatah lagi pakai smartphone yang harga RM 2000 ke atas. Dalam kelas kali ini kita ajarkan kepentingan pencahayaan, composition dan juga editing dalam gambar dalammemastikan gambar produk kita betul-betul cantik untuk kita paparkan dekat prospek kita. .
Tak semestinya iphone sahaja, REDMI harga RM 500 pun boleh buat gambar cantik dan sesuai untuk tujuan pemasaran dalam media sosial terutamanya. Dalam kelas ini kita ajarkan daripada basic sehinggalah gambar mampu disunting mengunakan APPS Lightroom dan Snapseed. .
Pemilihan background bagaimana yang sesuai? Pencahayaan yang macamana membuatkan gambr produk kita nampak mahal? Pemilihan lokasi macamana? Semua persoalan di atas akan dijawab dalam kelas live. Jika ada sebarang masalah dan pertanyaan nanti dalam sesi live cikgu akan jawab dengan lebih mendalam.
APA YANG AKAN DIPELAJARI
1. Pengenalan Smartphone Fashion Photography Kebiasaannya jika kita berbicara tentang fashion, kebanyakan orang akan memikirkan shoot pakai kamera yang mahal-mahal macam DSLR. Stigma ini dah boleh buang jauh-jauh kerana dengan Teknologi yang ada di tangan kita iaitu smartphone sebenarnya dah benar-benar baik untuk menghasilkan gambar yang cukup baik untuk bahan marketing kita sebenarnya.
2. Outdoor session Meskipun online kami tetap akan tunjukkan sample atau tutorial cara untuk mengambil gambar pada situasi outdoor terutamanya bagi mereka yang nak shoot dengan perspektif yang berbeza. Ada composition yang akan kami ajarkan disamping penggunaan cahaya yang betul.
3. Indoor session Nak shoot indoor pun ada caranya. Jika betul daripada segi penggunaan cahaya dan susunan props untuk menghasilkan gambar indoor maka dia akan menyebabkan gambar kita professional.
4. Pencahayaan Terbahagi kepada dua jenis cahaya iaitu artificial light dan natural light. Cahaya mana yang lebih baik? Lighting mana yang betul2 memberi effect yang cantik dalam gambar. Equipment yang sesuai juga akan diterangkan dalam kelas kali ini. 5. Editing Menggunakan Lightroom dan Snapseed. Teknik suntingan untuk cantikkan lagi gambar yang kita bidik. Mana yang gelap dan yang ada masalah noise semua boleh kita edit dalam apps yang bakal dipelajari nanti.
MATLAMAT KELAS Membantu usahawan yang menjual pakaian untuk menghasilkan gambar product yang cantik dan sesuai untuk dijadikan bahan marketinng.
PERALATAN YANG DIPERLUKAN Smartphone dan apps Snapseed dan Lightroom
MENGAPA ANDA WAJIB SERTAI KELAS INI
1. Kelas dilakukan secara online, tak perlu nak keluar rumah. 2. Ada nota dan video Live bersama cikgu. 3. Boleh lihat siaran ulangan, jika tidak berkesempatan pada waktu yang ditetapkan. 4. Belajar secara ‘step-by-step’ dengan penyampaian yang mudah difahami. 5. Harga yuran kelas yang sangat berbaloi hanya RM70 SAHAJA.