Smartphone Product Photography

Regular price RM90.00 MYR
/

INFO KELAS
Pendaftaran Terbuka Sepanjang Masa! Boleh daftar dan terus menonton rakaman kelas.

KENAPA USAHAWAN PERLU ADA GAMBAR PRODUK YANG MEMUKAU?

Pernah kita alami keadaan dimana produk dah bagus tapi susah nak menjual? Penat share pada semua orang tapi tak ramai pun ambil perhatian. Jangan tak tahu nak menjual barang secara online ni pun perlukan skill dan seni yang tersendiri.

Yang utamanya, sebagai usahawan kita perlu set dalam minda kita "A picture is worth a thousand words", jadi produk kita wajib ada gambar pengenalannya sendiri. Bukan gambar sembarangan, tapi kita kena pastikan foto produk yang kita nak jual itu betul-betul menampakkan ciri istimewanya dan dipersembahkan dalam suasana yang mampu membuatkan bakal pelanggan ternganga melihatnya. Produk biasa-biasa, tapi boleh jadi luar biasa jika diambil gambarnya dengan betul.

Gambar produk mantap, proses menjual juga akan jadi lebih mudah. Dari situlah kita akan dapat memujuk mereka membeli produk kita tanpa perlu untuk bercakap banyak. Lihat sahaja gambar di bawah ini. Produk yang sama tetapi mempunyai hasil gambar yang berbeza. Foto A gambar nya gelap, tidak 'welcoming', hambar dan langsung tidak menarik dan tertarik. Manakala Foto B pula gambar nya nampak 'lively', menarik dan membuatkan kita terasa ingin mencuba. Jika kita promote produk kita di sosial media, gambar mana satu yang akan lebih senang untuk kita yakinkan pelanggan untuk membeli?

Macam mana nak tangkap gambar yang mampu "WOW" kan bakal pelanggan? Sebab itu lah kami wujudkan kelas produk fotografi ini dengan niat untuk membantu semua usahawan di luar sana yang perlukan ilmu ini dengan harga rakyat marhaen. Dalam kelas kami akan kongsikan cara terbaik, dan mudah untuk mengambil gambar produk hanya dengan smartphone sahaja.

KELAS INI SESUAI UNTUK SIAPA?
1. Usahawan yang menjual produk (tidak kisah produk apa)
2. Agent dan dropship

APA YANG AKAN ANDA PELAJARI?
1. Teknik shoot gambar produk dengan betul
2. Komposisi dan element dalam produk fotografi
3. Teknik pencahayaan
4. Teknik angle yang terbaik
5. Penggunaan props dan background
6. Editing mudah menggunakan smartphone

MATLAMAT KELAS
Selesai kelas Product Photography Smartphone ini anda akan mahir dengan teknik mengambil gambar produk yang menarik tumpuan dan setanding dengan gambar profesional.

PERALATAN YANG DIPERLUKAN
1. Smartphone
2. Artificial light (digalakkan)
3. Produk (digalakkan)
4. Props - (digalakkan)
5. Tapak plain yang boleh digunakan sebagai background (digalakkan)

MENGAPA ANDA WAJIB SERTAI KELAS INI
1. Kelas dilakukan secara online, tak perlu nak keluar rumah.
2. Ada nota dan video Live bersama cikgu.
3. Boleh lihat siaran ulangan, jika tidak berkesempatan pada waktu yang ditetapkan.
4. Belajar secara ‘step-by-step’ dengan penyampaian yang mudah difahami.
5. Harga yuran kelas yang sangat berbaloi hanya RM70 SAHAJA.

TESTIMONI

PENDAFTARAN DAN PERJALANAN KELAS

1. Untuk mendaftar, tekan pada butang "add to cart" dan "check out". Jika ingin memilih option pakej, tekan pada butang "add selected to cart" dan tekan "view cart".

2. Apabila anda sudah membuat bayaran, anda boleh semak email anda untuk link kelas. Anda akan menerima email resit bayaran dan email info kelas dari Saiful Nang Academy.

3. Anda boleh klik URL link yang diberikan untuk masuk ke kelas online.

4. Sila masukkan email dan kata laluan yang telah didaftarkan di website Saiful Nang Academy. Kemudian pilih kelas yang anda daftar untuk mengikuti kelas pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan.

5. Setelah berjaya masuk ke kelas, sila baca panduan perjalanan kelas yang terdapat di bahagian Pengenalan.

6. Selepas kelas tamat, anda boleh sertai Telegram Channel Gerakan PhotoSunday untuk sesi soal jawab bersama tenaga pengajar. Assignment atau pun task yang diberikan oleh tenaga pengajar juga boleh dihantar melalui ruangan itu untuk dikritik bagi penambahbaikan.

7. Untuk makluman, akses kepada kelas rakaman adalah selama satu (1) bulan bermula dari tarikh pendaftaran.

Sebarang transaksi pembayaran yang telah dilakukan TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN