Kelas Teknik Mewarna

Regular price RM90.00 MYR
/

Salah satu yang dinilai dalam temuduga kemasukan pelajar undergrad di University of Cambridge United Kingdom ialah HOBI YANG MENARIK terutama dalam bidang seni.


 

**sijil ada disediakan (optional) dgn sedikit bayaran tambahan. Jika nak tukar nama di atas sijil, boleh hubungi admin di sini +6010 222 9089 (Ain).


        



        

Kelas ini sesuai untuk anak kecil berusia dari 5 tahun sehingga 12 tahun. Sesuai pada waktu cuti sekolah dan cuti umum terutamanya. Jangan risau tak boleh tengok on time lepas mendaftar sebab kita akan bagi masa selama 1 bulan untuk peserta akses kelas ini. Jadi boleh tengok sampai puas dan fahamkan syllabus hingga boleh lukis sendiri sampai jadi.

UNTUK SIAPA KELAS INI?
Anak-anak berumur 5 - 12 tahun & anak-anak yang berminat untuk melukis

                        

 

                        

APA YANG AKAN DIPELAJARI?

1. Warna asas
Warna asas atau warna utama adalah warna dari pigmen yang asli dan tidak dicampur dengan warna-warna lain. Melalui warna asas ini, lain-lain warna dapat dihasilkan setelah dicampur.
Bagi kanak-kanak, penting bagi mereka untuk memahami warna kerana ianya adalah asas penting yang akan mereka gunakan untuk belajar di semua bidang kehidupan mereka. Warna juga dapat mempengaruhi mood, kesejahteraan emosi, produktiviti, pembelajaran dan tingkah laku anak-anak.

2. Warna sekunder
Warna sekunder adalah warna yang berasal dari pencampuran dua warna asas. Pencampuran dua warna asas akan menghasilkan warna baru yang disebut warna sekunder. Dengan aktiviti mencampurkan warna anak-anak boleh kembangkan kreativiti tanpa had dengan menghasilkan warna-warna baru yang pelbagai,

3. Tone warna
Tone warna pula adalah nilai warna iaitu dari terang ke gelap. ton warna ini dihasilkan mengunakan warna asas atau sekunder sedikit demi sedikit dengan warna hitam atau warna putih dengan nisbah berlainan.

Bagi kanak-kanak yang mahir dengan perbezaan tone warna, ini boleh bantu mereka menghasilkan ruang dan bentuk 3 dimensi, seperti contoh objek yang berada jauh mempunyai nilai cahaya yang lebih cerah berbanding dengan objek yang berada dekat. Jadi arkitek atau jurutera pun perlukan kemahiran membezakan tone warna.

4. Aktiviti mewarna Kartun
Selepas aktiviti melukis kartun dibuat, anak-anak boleh menggunakan ilmu tentang warna dan menjadikan lukisan kartun mereka benar-benar menarik dan lebih 'hidup'. Dalam aktiviti ini, kemahiran dan emosi anak dilatih seiring. Kombinasi warna-warna yang menarik, menjadikan anak-anak lebih ceria dan menambah keyakinan mereka. 

                          

DURASI KELAS
2 jam 30 minit

MATLAMAT KELAS
Di akhir kelas, peserta dapat memahami dan mampu menghasilkan komik yang menarik dari segi lukisan karakter kartun dan juga pada jalan cerita.

PERALATAN YANG DIPERLUKAN DI RUMAH
1. Pensil Warna
2. Kertas Kosong

MENGAPA WAJIB DAFTARKAN ANAK KE KELAS INI
1. Kelas dilakukan secara online, tak perlu nak keluar rumah
2. Nota dan video bersama cikgu disediakan
3. Boleh lihat siaran ulangan selama 1 BULAN bermula dari tarikh pendaftaran.
4. Belajar secara ‘step-by-step’ dengan penyampaian yang mudah difahami
5. Harga yuran kelas yang sangat berbaloi hanya RM70 SAHAJA.


PENDAFTARAN DAN PERJALANAN KELAS

1. Untuk mendaftar, tekan pada butang "add to cart" dan "check out". Jika ingin memilih option pakej, tekan pada butang "add selected to cart" dan tekan "view cart".

2. Apabila anda sudah membuat bayaran, anda boleh semak email anda untuk link kelas. Anda akan menerima email resit bayaran dan email info kelas dari Saiful Nang Academy.

3. Anda boleh klik URL link yang diberikan untuk masuk ke kelas online.

4. Sila masukkan email dan kata laluan yang telah didaftarkan di website Saiful Nang Academy. Kemudian pilih kelas yang anda daftar untuk mengikuti kelas pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan.

5. Setelah berjaya masuk ke kelas, sila baca panduan perjalanan kelas yang terdapat di bahagian Pengenalan.

6. Selepas kelas tamat, anda boleh sertai Telegram Channel Gerakan PhotoSunday untuk sesi soal jawab bersama tenaga pengajar. Assignment atau pun task yang diberikan oleh tenaga pengajar juga boleh dihantar melalui ruangan itu untuk dikritik bagi penambahbaikan.

7. Untuk makluman, akses kepada kelas rakaman adalah selama satu (1) bulan bermula dari tarikh pendaftaran.

Sebarang transaksi pembayaran yang telah dilakukan TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN