Poster Iklan FB Guna Smartphone (Poster Mudah Smartphone)

Regular price RM90.00 MYR
/

Teknik menghasilkan poster yang mudah dan menarik dengan hanya menggunakan  smartphone.


Sangat membantu bagi para usahawan yang baru berjinak-jinak dalam dunia perniagaan. Kos untuk hire designer juga semakin kurang.

Rugi sangat kalau baru berniaga tapi dah spend mahal-mahal nak upah designer. Sayang ramai beli handphone dengan harga mahal tapi tak gunakan fungsi dan aplikasi yang percuma yang sangat hebat di dalam smartphone. Kelebihan membuat poster dengan smartphone ini ialah ianya cepat, mudah dan berkualiti tinggi.  

Poster macam ni, tak sampai 5 minit pun nak disiapkan guna apps percuma dan guna smartphone

APA YANG AKAN DIPELAJARI

1. Jenis Font

Fahami jenis-jenis font yang bersesuaian dengan poster supaya nampak lebih kemas dan menarik.

Jangan nak serabutkan kepala orang yang mungkin sudah sedia serabut dengan masalah mereka. Nak pastikan mereka berhenti dan baca poster kita, sampai mereka terkesan dan membeli produk kita atau percaya dengan perkongsian maklumat kita, jangan menambah-nambah yang tak perlu. Cantik di mata kita satu-satu font tu, tak semestinya cantik di mata mereka. Silap-silap, mereka 'skip' sahaja semuanya.

"Less is more". Guna 1-2 warna pun dah mencukupi. 3 jenis warna, paling maksima untuk tulisan yang kita gunakan dalam poster kita. Ingat, jangan menyerabutkan lagi orang yang memandang. Dari mata turun ke hati. Akhirnya ke jari mereka juga sama ada nak tekan BUY atau tidak.

2. Displin warna

Ketahui bagaimana poster kita menjadi cantik dengan  penggunaan warna dan susunan dalam membuat poster. Poster yang cantik tak perlu mempunyai terlalu banyak warna malah penggunaan terlalu banyak warna boleh menjadikan poster kita terlalu penuh dan tidak menarik perhatian orang. 

Tahu tak, sebelum ini ada satu peraturan yang menyebabkan designers gagal mengiklankan produk dengan menggunakan poster mereka? Ketahui apa yang terkini dari cikgu kelas Poster Mudah Smartphone ya!

3. Ruang dan Peraturan FB

Fahami teknik komposisi wordings pada poster yang membuatkan poster kita menjadi lebih menarik.  Apakah syarat dan peraturan FB untuk poster iklan perniagaan kita. Bagaimana untuk mengaplikasikan peraturan-peraturan ini di dalam poster kita. 

Poster utama di page selalunya akan membuatkan followers 'masuk ke kedai kita dan seterusnya membuat pembelian jika semuanya menarik. Kalau perkara utama pun dah 'out', mereka tak sudi nak menyinggah pun. Main header juga sama. Kombinasi gambar dan penulisan mampu membuatkan orang stop dan semak perkongsian kita.

4. Poster FB Headline

Belajar bagaimana untuk membuat header Facebook kita dengan menggunakan aplikasi percuma dalam smartphone saja.

 5. Instastory

Belajar bagaimana untuk mencantikkan instastory kita supaya lebih menarik perhatian dan bukan di 'slide' saja.

Dalam masa 2 bulan sudah ada 218 000 viewers untuk satu video ini sahaja. Semuanya bermula dengan poster yang membuatkan orang stop dan tekan link untuk tonton video yang dikongsikan. 

6. YOUTUBE THUMBNAIL
Jika anda seorang youtuber, wajib pandai edit thumbnail yang menarik untuk tambah viewer dalam channel kita sendiri. Apa itu thumbnail?, biasa ada dekat muka depan video sebelum orang click video kita. YouTuber wajib mahir bab ini kalau mahu jadikan content kita pergi jauh.

6. FB Posting
Memahami cara membuat poster yang bersesuaian dengan syarat dan peraturan Facebook. 

7. Poster Kolaj
Belajar bagaimana untuk membuat poster kolaj yang kemas dan penyusunan gambar untuk mencantikkan poster kita. Kita tak mahu tersekat dengan hanya sejenis poster sampai bila-bila. Pelbagaikan, ikut kreativiti. Guna sahaja beribu-ribu template percuma atau berbayar dalam apps percuma pun boleh.
Kelas akan dilangsungkan secara online, namun peserta akan diberikan tugasan dan wajib untuk dihantar semula ke dalam group untuk dikritik semula oleh pengajar.

MATLAMAT KELAS
Di akhir kelas, para peserta akan memahami cara membuat poster yang cantik menggunakan smartphone.

PERALATAN YANG DIPERLUKAN
1. Smartphone
2. Aplikasi Adobe Spark Post

MENGAPA ANDA WAJIB SERTAI KELAS INI 
1. Kelas dilakukan secara online, tak perlu nak keluar rumah.
2. Ada nota dan video Live bersama cikgu. 
3. Boleh lihat siaran ulangan, jika tidak berkesempatan pada waktu yang ditetapkan. 
4. Belajar secara ‘step-by-step’ dengan penyampaian yang mudah difahami
5. Harga yuran kelas yang sangat berbaloi hanya RM70 SAHAJA.

TESTIMONI

PENDAFTARAN DAN PERJALANAN KELAS

1. Untuk mendaftar, tekan pada butang "add to cart" dan "check out". Jika ingin memilih option pakej, tekan pada butang "add selected to cart" dan tekan "view cart".

2. Apabila anda sudah membuat bayaran, anda boleh semak email anda untuk link kelas. Anda akan menerima email resit bayaran dan email info kelas dari Saiful Nang Academy.

3. Anda boleh klik URL link yang diberikan untuk masuk ke kelas online.

4. Sila masukkan email dan kata laluan yang telah didaftarkan di website Saiful Nang Academy. Kemudian pilih kelas yang anda daftar untuk mengikuti kelas pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan.

5. Setelah berjaya masuk ke kelas, sila baca panduan perjalanan kelas yang terdapat di bahagian Pengenalan.

6. Selepas kelas tamat, anda boleh sertai Telegram Channel Gerakan PhotoSunday untuk sesi soal jawab bersama tenaga pengajar. Assignment atau pun task yang diberikan oleh tenaga pengajar juga boleh dihantar melalui ruangan itu untuk dikritik bagi penambahbaikan.

7. Untuk makluman, akses kepada kelas rakaman adalah selama satu (1) bulan bermula dari tarikh pendaftaran.

Sebarang transaksi pembayaran yang telah dilakukan TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN