Tips Ambil Gambar Produk Dengan Smartphone Untuk Usahawan Online

Ramai mereka yang business sendiri terpaksa menukar perniagaan secara online dan menjual dari rumah masing-masing. Nak pergi keluar berniaga macam sebelum ni dah tak boleh jadi kita cari jalan untuk menjual termasuk ambil gambar produk sendiri dan bukak Facebook dan Instagram Business. Disini kami share beberapa perkara yang kita kena elak bila ambil gambar produk.

Kongsikan kepada rakan usahawan kita supaya mereka tahu. Mungkin nampak simple tapi masih ramai yang terlepas pandang langkah ini.

1) Jangan ZOOM

Elakkan guna zoom ye bila nak ambil gambar. Sebab nanti akan mengurangkan kualiti gambar kita. Gambar kita akan jadi pecah-pecah dan tak convincing bila diletakkan dekat social media.

Bila kita menjual barang secara online, tak sama macam secara fizikan sebab pelanggan tak dapat sentuh dan lihat sendiri produk kita, jadinya kita mestilah letakkan gambar yang boleh buat mereka yakin dengan produk kita.

2) Jangan Guna Kamera Selfie

Sebolehnya kalau nak ambil gambar produk elakkan guna kamera depan sebab kualiti kamera depan adalah lebih rendah berbanding kamera belakang. Oh ya, sebelum ambil gambar pastikan bersihkan lens dulu ye. Kalau ada cap jadi atau kesan minyak , gambar kita akan jadi blur dan tak clear.

3) Jangan Guna FLASHLIGHT

Peggunaan flashlight adalah dilarang sama sekali bila nak shoot gambar produk. Sebab flashlight akan mengganggu expossure gambar kita dan boleh mengunah warna produk dalam gambar kita.

Sebaiknya gunakan natural light atau cahaya matahari. Tak payah keluar rumah, cuma bukak tingkap, letakkan meja dan shoot produk kita gunakan cahaya yang masuk dari tingkap. Lebih cantik dan mudah untuk kita edit nanti.

Contoh dekat bawah ni, kita shoot menggunakan henfon sahaja dan natural light. Dalam proses editing, kita boleh naikkan warna produk dan cerahkan kawasan yang gelap.

Kalau ada yang nak tahu lebih lanjut, wajib join kelas Online Smartphone Product Photography dan Kelas Smartphone Product Videography. Dengan harga yang berbaloi, kami akan berikan semua ilmu berkaitan dengan Product Photography dan Videography termasuk bonus yang menarik ini:

  • Akses kelas ini selama 6 bulan (boleh ulang tengok sampai faham)
  • Nota juga disediakan sebagai rujukan
  • Kelas online selama 3 jam, boleh tanya cikgu bila-bila masa
Info lanjut dan pendaftaran boleh tekan sini:

Product Photography Smartphone

Product Videography



Filter
Tips Ambil Gambar Produk Dengan Smartphone Untuk Usahawan Online - Saiful Nang Academy
Tips Ambil Gambar Produk Dengan Smartphone Untuk Usahawan Online - Saiful Nang Academy