5 Kesilapan Homebakers dan Peniaga Makanan Bila Buat Iklan Di Facebook
Baking sedap dah, masak pun sedap dah. Tapi bila ambil gambar nak upload kat sosial media tak nampak sedap dan menyelerakan. Nak orang ramai beli produk kita, rahsianya kat gambar dan video je. Gambar cantik tu dah jatuh nombor dua, yang pertama kena bagi orang terliur dan lapar bila tengok.
Nak ambil gambar dan video makanan untuk dijadikan sebagai marketing material ni pula ada seninya. Tak boleh main ambil je sebab tu gambar jadi tak nampak sedap. Kat sini kami terangkan antara kesilapan yang selalu home baker buat bila shoot gambar makanan.
Kenapa gambar ni penting? Sebab gambar lah FAKTOR UTAMA orang berhenti scroll social media! Rugi lah duit kita kalau kita buat iklan tapi gambar tak cantik, kos iklan pun akan meningkat sebab Facebook / Instagram perlu bekerja 'lebih keras' untuk pastikan posting kita reach kepada lebih ramai orang.
1. AMBIL GAMBAR DARI SATU ANGLE SAHAJA
Sebelum mula ambil gambar, kita perlu fikir angle bagaimana yang kita nak dan sesuai untuk gambar-gambar kita. Angle gambar juga bergantung kepada jenis makanan kita. Contohnya pizza dan cookies sesuai jika diambil dari sudut flatlay, cake pula sesuai diambil dari sudut 45 degree dan side photo with a hint of inside the cake.
Saranan kami, ambil gambar dari semua angle dan kemudian kita boleh pilih angle mana yang terbaik. Ada berbagai jenis angle dan shot contohnya flatlay or 90 degree angle, 45 degree angle or three quarters view, side photo, atau pun low camera view. Dalam kelas nanti kami explain jenis-jenis angle ini.
2. COMPOSITION TIDAK MENARIK
Kedudukan props yang lebih dominan berbanding makanan utama menjadikan gambar makanan kita tidak menarik. Salah komposisi akan menyebabkan nilai komersial tiada kerana kedudukan makanan yang bersepah dan tidak nampak appealing. Props yang digunakan haruslah complement subjek utama dalam gambar kita.
3. TAK GUNA FRESH INGREDIENT
Paling pantang bila ambil gambar makanan dan props yang digunakan tidak segar. Automatik gambar akan jadi selekeh dan tak nampak sedap. Seeloknya gunalah salad yang segar, bawang yang cantik dan bentuk yang perfect, seafood yang fresh. Mana bahan yang dah lebam tu tak perlu lah guna. Ingat, cara kita potray gambar mencerminkan makanan kita. Jika props yang digunakan pun nampak layu, pelanggan akan assume yang kita tak gunakan bahan yang segar dalam makanan kita.
4. TIADA NEGATIVE SPACE DALAM GAMBAR
Negative space ni ialah blank space dalam gambar kita. Blank space ni tujuannya untuk kita letak logo atau pun wording dalam gambar. Jika gambar kita full dalam frame, nanti bila nak edit letak logo, harga atau nama makanan pun akan jadi sangat serabut dan tak nampak appetizing.
5. PENCAHAYAAN YANG TERUK
Apa-apa jenis gambar, lighting atau pencahayaan memainkan peranan yang sangat besar. Dari lighting ini sahaja boleh menjadikan gambar kita Menarik atau pun tak. Orang putih kata, your lighting will MAKE or BREAK your photographs.
Kita ada 2 jenis lighting; natural lighting dan artificial lighting. Natural lighting ni guna cahaya matahari (contohnya kita boleh shoot Tepi tingkap) dan artificial lighting ni pula lampu yang kita sediakan. Contohnya guna lampur tidur atau lampu meja study anak.
BONUS POINT
6. TAK GUNA VIDEO UNTUK BUAT IKLAN
Tahu tak dengan video produk dan jenama kita boleh 'reach' kepada lebih ramai orang dengan lebih mudah dan cepat? Cuba ingat balik, benda-benda viral kebanyakannya datang dari video. Video tempat makan, video makanan sedap, video resepi, video 'mukbang'. Tambahan, dengan video pun boleh mengurangkan kos iklan kita dengan SANGAT BANYAK.
Jika nak belajar macam mana nak hasilkan gambar makanan yang menggiurkan, boleh join kelas food photography kami di sini. Jika nak belajar ambil video makanan yang menyelerakan dan membuatkan viewers meleleh air liur, boleh join kelas food videography kami di sini. Kedua-dua kelas kami ajar shoot guna henfon je tak perlu guna kamera mahal-mahal. Lighting pun guna cahaya matahari tepi tingkap jer.. Nanti gambar dan video dah power, automatik order pun masuk berduyun-duyun sampai tak menang tangan.