Bagaimana Instafamous 700K Followers Ini di Follow Oleh Raja Permaisuri Agong di Instagram

Bukan calang-calang orang, beliau ialah Nor Hayati Zainol Abidin (42 tahun) atau pun lebih dikenali dengan nama Yatie Kitchen. Bermula sekadar suka-suka pada tahun 2015 dengan memuat naik video resepi masakan, kini followers di Instagram Yatie Kitchen sudah pun mencapai 711K dengan anggaran perkongsian sebanyak 10 ribu resepi. Jenama besar seperti Adabi juga turut berminat untuk tawar Yatie Kitchen sebagai duta produk mereka. 

Instagram Yatie Kitchen banyak berkongsi resepi berlauk, sayur, kek, biskut dan juga kuih-muih melayu yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Jika dilihat, perkongsian dari Yatie Kitchen kebanyakannya secara santai tanpa perlu penyusunan props seperti profesional. Tapi keikhlasannya berkongsi resepi melalui video itu dapat dirasai oleh semua golongan dan berjaya menangkap minat yang menonton. Yatie Kitchen pun cuma rekod dan edit video resepi guna henfon jer. 

Sebenarnya sekarang ni nak buat content begini dah semakin mudah, guna henfon yang ada kat tangan tu pun boleh. Apatah lagi jika kita ni berniaga makanan, lagi la kita perlu banyak buat content supaya kita dan jenama kita lebih dikenali. Self-branding orang kata. 

Yatie Kitchen dijemput oleh Mingguan Wanita untuk membuat demonstrasi masakan

Tidak mensia-siakan peluang yang ada, Yatie Kitchen juga telah mengeluarkan 3 edisi Koleksi Resepi & Tips Masakan. Yang terkini, Buku Koleksi Resepi & Tips Masakan Yatie Kitchen juga telah diterima untuk diletakkan di Perpustakaan Negara untuk disimpan dan dipelihara sebagai Khazanah Intelek Negara bagi tujuan generasi kini dan akan datang. 

Dari hobi, kini memasak jadi sumber pendapatan sampingan. Hasil usaha gigih dan kerajinan memuat naik resepi secara berterusan; buku koleksi resepi yang dijual sentiasa sold out, dan beliau juga turut dikenali dalam kalangan artis dan selebriti serta orang kenamaan. Malah, Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah juga telah mengikuti beliau di Instagram.

Masak, semua orang masak.
Tapi tak semua rajin nak record dan edit video.

Senang je sebenarnya - jika tahu bagaimana cara-caranya. Bagi pengusaha makanan, WAJIB MAHIR cara nak bagi orang terliur melalui video dan gambar kita. Sebab dari video dan gambar-gambar tu lah baru datang perasaan nak membeli. 

Instagram Yatie Kitchen boleh dapat followers beratus ribu rekod dan edit video guna henfon je, kita pun boleh juga. Yang penting kena rajin. 

Rajin upload video dan gambar.
Rajin tambah ilmu dan kemahiran.

Di Saiful Nang Academy ada kami ajarkan cara-cara untuk mendapatkan gambar makanan yang menggiurkan, dan video makanan yang boleh buat orang lapar bila tengok. Semuanya kita ajar guna henfon jer. Tak perlu sediakan props, tak perlu beli equipment mahal-mahal, tak perlu guna camera. 



Boleh masukkan Discount code FDPSFV10SNAP ketika check out untuk menikmati discount istimewa jika join kedua-dua kelas Smartphone Food Videography & Smartphone Food Videography. Discount sah sehingga Jumaat 15/1/2020 ini sahaja.

 



Filter
Bagaimana Instafamous 700K Followers Ini di Follow Oleh Raja Permaisuri Agong di Instagram - Saiful Nang Academy
Bagaimana Instafamous 700K Followers Ini di Follow Oleh Raja Permaisuri Agong di Instagram - Saiful Nang Academy